Dec 17, 2009 | By: tOk aKi mOiN

Ye kEEeEeE...

PURATA kadar gangguan bekalan elektrik atau Saidi di Semenanjung Malaysia lebih rendah berbanding negara maju iaitu hanya 69 minit setahun.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai rekod Saidi yang jauh lebih baik daripada negara lain termasuk di Australia.

“Di Semenanjung hanya 69 minit setahun berbanding Filipina iaitu 1,200 minit, Australia (182 minit) dan New Zealand (128 minit).

“Jangan bandingkan dengan Singapura yang kurang daripada 10 minit kerana ia (negara) kecil dan tidak ada kawasan pedalaman,” katanya ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2009 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) supaya kerajaan mengkaji semula kedudukan TNB disebabkan kekerapan putus bekalan elektrik.
Peter Chin berkata, TNB juga memerlukan lebihan tenaga yang tinggi supaya mudah menyalurkan elektrik di kawasan yang terputus bekalan.

“Kita ada lebihan yang agak tinggi, sebab itu TNB dapat menyalurkan rangkaian elektrik di satu-satu kawasan mengalami kekurangan dari janakuasa atau pencawang lain.

“Saya tidak setuju supaya kita mengecilkan operasi TNB kerana kita perlu operasi cukup besar supaya ada janakuasa menyalurkan elektrik dalam kadar segera jika berlaku masalah bekalan terputus,” katanya.

**petikan Harian Metro 17/12/2009
--------------------------------------------------------------------

Wahhh bagus betul Malaysia ni ek...purata gangguan elektrik hanya 69 minit setahun..mane la menteri ni tau gangguan bekalan elektrik ni..tu mesti ia bace fakta yg di tulis oleh kakitangan ia jeeee..ia tak tau sebenarnya gangguan elektrik kat Malaysia ni..

Amik contoh kat kampung ni aje laaaa...kalu takat takde lektrik 3-4 ari tu kire mainan aje laaa..pastu bukan nak beki cpt2..yg datang (pekerja TNB) nak beki pun banyak lepak2 jeee...datang sampai 8-10 orang..tapi yag wat kije adala 2 orang...lagi 8 dok isap rokok n gebang2 aje..makan2 kopok n jajan kat tepi jalan..perghh sungguh dedikasi mereka yg 8 orang tu...

Pada pak2 menteri tu jgn la dok baca fakta yg ditulis kakitangan anda tu buta2 je..pe kate pak2 menteri sendiri datang turun ke lokasi n tulis laporan sendiri..agak2 banyak laporan yg baik ke yg buruk..? so pk2 sndrla...


0 comments:

Related Posts with Thumbnails