Feb 19, 2010 | By: tOk aKi mOiN

sAlAm uNtUk KulAan2..

Baru2 ni ( cuti tahun baru cina ) aku balik ke lepar..sonok juga sebab dah lame tak balik ke kampung..tapi cam biase la cuti2 sekolah ni..banyak la kendurinya..terutamanya kenduri kawin..kebetulan masa aku balik ari tu adalah saudara belah ayah aku ni wat kenduri kawin..maka dengan niat nak g makan lembu kari aku sekeluarga pun g laaa..

Nak di jadikan cerita ayah aku ni orang banjar..jadi bila jumpa kulaan2 dia...pe lagi "speaking" banjar la..terkedu gak aku...yela kat umah ayah aku ni x penah pun speaking hehe..pe lagi akunye..tenganga la..aku tak pandai nak speaking banjar ni..tapi penah dengar la bila aku balik ke kampung ayah aku ( Bagan Serai, Ayer Itam 2 ) dulu2..tapi sekarang dah lame tak balik sebab dah takde sape2 kat kampung sana..

Bile balik ke rumah aku terfikir untuk belajar bahasa Banjar ni..bukan pe untuk mengeratkan lagi silaturahim..jadi kepada KULAAN2 yang teror berbahasa Banjar bolehlah bantu2..post la bahasa2 banjar kat blog aku ni..aku nak wat macam kamus..aku hargai kerjasama dari semua oarang yang sudi...

Kat sini aku boh beberapa perkataan bahasa banjar yang aku tahu..jadi kalu salah sila beri tunjuk ajar...

Ading -  adik 
Jangan dimarahi ading mu itu ..umai.. 
(jangan dimarahi adik kamu itu.)


Bagawi - bekerja

Anjung -  julang/bahagian ibu(depan)
(Rumah sidin rahat bapandiran di anjung) 

Anum -  muda 
Hawak anum mun kadak hingkat lagi mengangkati kayu tuk..
(Badan masih muda tapi tidak kuat mengangkat kayu itu
)


*kepada semua yang pandai berbahasa banjar sila beri tunjuk ajar... 



Feb 15, 2010 | By: tOk aKi mOiN

CePaT OnLiNe kplspm jUN 2010..


   
 
KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN JUN 2010
   
 
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
1.  KETERANGAN PROGRAM
     
    Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh : Lima Tahun Enam Bulan (Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Md Kursus : Sepenuh Masa
     
2.  SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  2.1 Warganegara Malaysia.
  2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990.
  2.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  2.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  2.5
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
    2.5.1 Bahasa Melayu
    2.5.2 Sejarah
    2.5.3 satu mata pelajaran yang lain serta;
    2.5.4 lulus Bahasa Inggeris
  2.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan)
     
3. MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
  3.1 Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  3.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  3.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.
  3.4 BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:
  3.4.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
   
1. Pendidikan Prasekolah 9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah 11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
4. Bahasa Arab Pendidikan Rendah 12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah 13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah 14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah 15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah  
     
  3.4.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
   
1. Pendidikan Prasekolah 9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah 11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
4. Bahasa Cina Pendidikan Rendah 12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah 13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah 14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah 15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah  
     
  3.4.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
   
1. Pendidikan Prasekolah 9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah 11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
4. Bahasa Tamil Pendidikan Rendah 12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah 13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah 14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah 15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah  
   
4. CARA MEMOHON
  4.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.
  4.2
Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seleuruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
  4.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  4.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  4.5
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  4.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
     
5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 MAC 2010
     
6. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
     
  BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-888441260/1245/1243/1235/1229/1228
     
  URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804
     
  URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045
     
7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
  7.1 Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  7.2 Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan aalah muktamad.
  7.3
Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  7.4
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  7.5
Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  7.6
Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
     
8. PENDAFTARAN
 
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) paa 28 Jun 2010 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
     
9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
 
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
     
  BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
 
Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (PISMP)
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Pengajian Persediaan Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 1 Tahun 6 Bulan
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian) Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 4 Tahun

Feb 8, 2010 | By: tOk aKi mOiN

XTVT bEbUdAk sErAmA...

minggu lepas ari ahad malam senin bebudak serama sk kuala medang wat gotong-royong..ala gotong-roong bersihkan surau sekolah tu laaa..dah lame nak di bersihkan tapi tangguh2..last2 naik bersawang stor surau tuh..

bebudak ni pe lagi suke amat la demenye..buat kerjanye sikit aje tapi bobok aje yang lebih..tapi ok la juge..matlamat nak membersihkan surau tu tercapai..tengokla gelagat deme bile wat kerja..gamat jadinye..





"cepat deme wat kije jangan membobok aje..." rebek di Long Bidin kepada anak2 kesayangannya..




" adehhh..lenguh dah pinggang keh..aok boleh la dok ngulo aje.."kate zizan (baju ijo) pade kengkawanye..




" deme lipat sejadah tu elok2..kalu tak keh seligi demenye.."




"matnye aok pakai penyapu nyuci rak eneh..mane bulu ayamnye.." "...ayam dah tak berulu belake dah lani...togeeee aje belake..keh bahan la ngan penyapu ni..janji cuci..."




.."tinggi bete siling eneh..dah la keh ni pendek..raban la keh nak nyuci sawang ni karang.."

--------------------------------------------

lepas gotong-royong macam biasela ada makan2..tapi malam tu makan2 bisket aje..cicah ngan air teh o'..tapi pe yg penting sume orang gembire..bebudak ni toksoh cerite la..dapat makan bisket pun suke..biasela bebudak suke makan reramai..tambah2 makan ala2 bekeloh kate demenye...





.."sedak amat teh o' ni..namboh lagi lepas ni gamaknye.."




.."weh deme makan bisket tu elok2..kang temakan rumpet ke,pokok bunge tu ke raban..jadi lembu deme nanti..."




.."dah jatuh ke longkang pulok bisket keh..kempunan la ni karang..mintok hok aok skit bulehh..."




..." dah deme lepas makan ni jangan lupe buat kerje sekoloh..tok siap karang tibai di cikgu deme sok.."


Related Posts with Thumbnails