Jan 28, 2010 | By: tOk aKi mOiN

pErTaNdInGaN gAsInG pAnGkAh...

Baru2 nih SK Kuala Medang menganjurkan pertandingan gasing pangkah Piala Guru Besar...meriah gak penyertaanya...ada 10 kumpulan bertanding...berpeluh2 jugak la deme2 nih memusing dan memangkah gasing...mane idaknya...dari pagi bawa ke malam baru habis memangkah hehe...kalu tak silap finalnya pukul 10.30 malam..Paya Luas A vs Paya Luas B...udahnye orang belah2 temeloh jg yang bawa balik piala..tapi tak ngape nanti kite rampas semule piale tu ah..yang penting ceper kene baik...kemudi kene ligat la gasingnye...ye la nak berjadan la katakannn..

kat bawah ni keh ade boh gambo2 mase pertandingan tu...bole la nak nengok2..kalu berkenan atau nak merase main gasing moh la ramai2 ke Kuala Medang..




En.Bogo sedang megatur gasing rapat2...takut kene pangkah dek Puteh ngan Najib..
kalu nak tau En.Bogo (berbaju Putih) nih bekas pemain gitar kumpulan "straTG"...famous kumpulan ni tahun 90-an dulu...



Pengadil berbaju hitam (Pian namenye...baru kene saman takde lesen wahaha...) memerhati kehebatan cigu Saidin (baju hijau) memangkah gasing...sementara En.Mei (seluar cokelat lusuh) membuat aksi tarian kuda kepang sebagai pembakar semangat...



Yang ni Geng Paya Luas 'A' VS Tanjung Putus (Team GB)..Berpeluh2 jg nak menangnye...Pengadil pun suspen...



En. Ijan (pengadil)sedang membaca jampi serapah ke gasing pemain..bio tak berjadan lelame ngat..kalu idok pueh juge nak nunggu sampai 6-7 minit..naik darah tinggi nanti...



Lagi aksi memusing gasing dari team Kg Kuala Medang..Endek (baju merah) dah ready nak lempar gasing...amik feel dulu la tu gamaknyeee...
Jan 21, 2010 | By: tOk aKi mOiN

hArU bIrUuUuU...

Dah beberape ari broadband aku wat hal..bengang betul ah..nak post blog pun susah...
Jan 15, 2010 | By: tOk aKi mOiN

mAjLiS aSyUrA aSrAmA dEsA...


menguce' asyura diatas angin je bang bidin ek..hebat2..




Sambil membuat asyura sambil mengusha..
Tu la kije budak Ijan tuhhh..macam tak ikhlas je
nguce' asyura wakakaka..




Mak cik sedang memerhati dengan kagumnya kehebatan 2
jejaka menguce' asyura..




Bila di gosip tak ngaku..tapi tengok la buktinya dah ada..
yang mane 1 pilihan hati ni..pahang..?kelantan..?Terengganu..?
Eerrrr pilih sendiri ahhh...




Sedap asyura ni..sebab pe ekkk..mungkin hati yang berbunga
gamaknyeeeee wahahaha...
Jan 6, 2010 | By: tOk aKi mOiN

pEtIkAn dArI fAcEbOoK TuN mAhAtHiR...

Nota Dr. Mahathir bin Mohamad

KONTROVERSI KEGUNAAAN KALIMAH "ALLAH

1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.

2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.

---------------------------------------------------------------

*petikan ini di ambil dari halaman facebook Tun Mahathir Mohamad...

Jan 5, 2010 | By: tOk aKi mOiN

kArIpAp...

cite ni aku amik dari blog akuanakpahang..saje nak kongsi cite ni ngan korang2..pada En.Yassin Sulaiman tahniah sebab penulisan blog akuanakpahang menggunakan dialek Pahang...kash suke amat hehe..

Nak menjual Karipap


Gayoh berpakat-pakat dengan abg Sudin.... goner gaya nak mencari sedikit pendapatan tambahan maka berbincanglah dema berdua itu bergitu bergini apa bender yang membolehkan dema mendapat duit tambahan sikit....maklumlah org sesari nei abis berniaga berlake.....Yaaaa... abang kata di Gayoh kawan berniaga karipap goner?? Cisss kata Sudin dalam banyak-banyak bender hok boleh dijual karipap juge hok aok ingat....balas dik sudin... aok ingat karipap aok sedak ker kata di Sudin tak kawan sokmo tolong mengabiskan karipap aok tu...tak padan gitu kawan juge sokmo kena uli tepungnya...entoh abender aok buat kadang tu tepungnya tak reti2 kembang ..tak kuasa lah kawan....kata dik Sudin....


Laa..... kata dik Gayoh kita buat molek laa...kena adunan uli nya sedak karipap tu esok kita buat karipap putor kata di Gayoh... ....ngape ker selama neh.....jarang met kawan rasa karipap sedak aok teeh...kabor di Sudin....ada masa inti nyer pun tak terkantuk..... tak uboh macam kerang busuk aje...kawan rasa tak selera org lain mekala nok makan nyer.... kabor dik Sudin hehehehehe ame tidak kemuka nei ........Ahh...tak diberi aje....mekala di beri free abis nyer sental dik demanya..... kash tak setujulah ame ker aok nok menjual karipap kata dik Sudin.


Abg ce tengok Akak Jan tu haa jual karipap berkerumum org membeli kata dik Gayoh...tamboh-tamboh kawan abg tu yang membeli si Samad dgn Dollah tu haa... Karipap dia lain Gayoh...tak serupa Karipap aok...hok dia gebu aje...lembut aje... kata di Sudin...karipap dia mmg tak boleh lawan laa...karipap Akak Jan molek ngat kembang melekap jarang ngat tersenget macam karipap aok...mekala tidak gitu Samad dgn Dollah tu tak menjadi pelanggan setia dia...kabor di Sudin....tamboh pulok dema berdua tu antu karipap....mmg ahli karipap sokmo hidup dema tu. hehehe kabor dik Sudin.


Sudoh biarlah.... kawan kuar dulu, nok gi nengok karipap Akak Jan tu....mekala ada lagi... kawan beli ke aok karang....aok nok? tanya dik Sudin....tak bahawe kash...makan laa ke org sorang, aok memangnya mekala karipap org selok...karipap kash tak sedak sokmo...jaga malam nei karang kawan nok buat karipap aok usah uli-uli biar kawan buat sendiri...kabor di Gayoh. Sambil menarik muka masam dan Sudin pun terus keluar.

uJuNG2 cUtI aRi tUhhHhh..


ni la pasangan pengantinya.."mat jepun VS ju" hehehe...




yang berbaju merah ni Mr. Lat...solo lagi nih..sape nak masuk minang cepat2 laaaa...



Mr. Lat sekarang nih tengah mencari pasangan..pemalu orangnya..tapi tengok laaaa..
berangannye mak aiiii...




yang pakai baju putih ni pun solo lagi..meh la rapat2 pada sesape yang berkenan..
pandai masak2 nih..sekarang ni dah jadi tokey gitu ahhh hehehe...




yang baju biru ni Mr.Bogo..solo gak weh..menjaga keselamatan negara pekerjaannya hehe..
Related Posts with Thumbnails