Dec 8, 2009 | By: tOk aKi mOiN

fIlEm pIlIhAn aKu...


Cerita 2012 ni kire cerita yang paling meletup untuk penghujung tahun 2009 ni...cerita ni aku dah tengk 7 kali...ni pun baru lepas tengok cerita 2012...tap preview filem ia aje ah wahaha...tapi memang best tak hengatttt...

Filem ini mengisahkan tentang ramalan masyarakat Mayan sejak berabad yang lalu yang menetapkan pada tarikh 21 Disember 2012 akan berlaku sesuatu terhadap bumi... Ia bakal memusnahkan lebih separuh daripada rakyat bumi dan bencana yang paling teruk dalam sejarah akan terjadi di luar pemikiran manusia...(jangan terpengaruh plak nt...)

Detik itu semakin hampir dan saintis dari NASA juga telah meramalkan bahawa akan berlaku perubahan polar yang bakal membawa bencana besar... Namun, penduduk dunia masih tidak menyedari apa yang akan terjadi dan masih menjalani kehidupan seperti biasa... Kerajaan yang telah sedia maklum berusaha untuk mengatasi masalah tanpa pengetahuan rakyat... Pada 2012, pemimpin dunia telah berbincang mengenai hal ini dan cuba menyelamatkan sebanyak manusia yang boleh daripada menjadi korban bencana itu... Namun, tidak semua dapat diselamatkan...

Apabila Jackson Curtis(John Cusack) dan dua orang anaknya mengadakan lawatan keluarga ke Yellowstone, mereke terserempak dengan makmal kajian rahsia yang terletak di dasar tasik yang telah dikeringkan... Mereka mendapati bahawa bencana bakal berlaku dan kerajaan cuba merahsiakan daripada pengetahuan umum... Segalanya telah terbongkar dan ramalan tersebut bakal menjadi kenyataan...

Jackson terpaksa bertindak sendiri bagi menyelamatkan diri dan keluarganya... Dalam usaha tersebut mereka menempuh pelbagai halangan alam seperti gempa bumi, gunung berapi, tsunami, tanah runtuh dan sebagainya untuk menyelamatkan diri masing - masing...macam tragis aje hehe...

So pe lagi ramai2 pakat g tengok awayang la hehe...tapi jauh sgt nak g tengok wayang...yg dekat Kuala Lumpur...huiii cam tak berbaloi aje...kene tunggu DVD kuar la gamaknya...


0 comments:

Related Posts with Thumbnails