Dec 10, 2009 | By: tOk aKi mOiN

Wanita rugi RM3,400 diperdaya e-mel palsu

KUALA LUMPUR: Seorang wanita kerugian RM3,400 selepas menerima satu e-mel palsu menyatakan akaun perbankan Internetnya disekat sebelum pihak yang menghantar e-mel berkenaan memindahkan wang mangsa ke dalam akaunnya.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian awal bulan lalu, e-mel itu diterima suami mangsa di pejabatnya kira-kira jam 12 tengah hari memaklumkan akaun isterinya disekat dan diminta mengaktifkan kembali.

“Lelaki terbabit menghubungi isterinya yang bekerja di Putrajaya mengenai perkara itu dan mangsa menyuruh suaminya mengaktifkan semula akaunnya tanpa mengetahui ia e-mel palsu.

“Selepas e-mel itu dibuka, suami mangsa diminta memasukkan nombor keselamatan melakukan transaksi (TAC) melalui khidmat pesanan ringkas dihantar ke telefon bimbit mangsa,” katanya.

Kira-kira sejam selepas itu, mangsa membuka akaun perbankan Internetnya dan mendapati wang RM3,400 dipindahkan ke akaun individu tidak dikenali.

Mangsa menghubungi pihak bank dan dimaklumkan maklumat perbankannya diceroboh pihak tidak bertanggungjawab dan mengarahkannya membuat laporan polis.

*sumber dari Harian Metro 10/12/2009

Aku dah penah post berkenaan penipuan ni...tapi tak sangka masih ramai lagi yg tertipu..ni nak kasi tau sekali lagi..jangan percaya jika didalam inbox @ spam e-mail anda ada notis mengatakan akaun anda diblok, disekat,tidak aktif dan mcm2 lagi ah..yg penting kita kene pikir sendiri..apakejadahnya bank tu nak hantar e-mail kat korang..korang bukan popular pun...so sendiri mau hengat..nanti putih mate tgk duit dalam akaun lesap...sape yg merana korang jugak ah...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails