Malaysia menang mudah, Thailand-Vietnam terikat saingan Kumpulan A
BUKAN hanya permulaan meyakinkan dicipta skuad bimbingan K Rajagobal di Stadium Utama, Laos, petang semalam. Malah, ketika membelasah Timor Leste 11-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A, mereka turut meletakkan nama dalam sejarah penyertaan negara di temasya serantau itu.
Kemenangan itu adalah jumlah jaringan terbesar pernah dihasilkan Malaysia dalam sejarah Sukan Sea, mengatasi keputusan 9-0 yang dicatat skuad negara pada temasya 1993 - ketika menundukkan Laos - dan 1995 apabila menumbangkan Kemboja.
Namun Rajagobal bingkas mengingatkan anak buahnya supaya tidak terbawa-bawa dengan kemenangan itu, kerana Timor Leste bukan ukuran kemampuan sebenar ketika Vietnam dan Thailand jadi penghalang untuk merintis laluan sekurang-kurangnya ke separuh akhir.
"Pemain melakukan apa yang dimahukan. Mereka bermula dengan agresif, mengawal permainan serta mendapat gol awal yang diperlukan. Bukan mudah untuk mencatat kemenangan besar dalam perlawanan pertama.
"Ini memberi keyakinan kepada pemain, tetapi mereka juga harus ingat kita perlu terus meningkat untuk menghadapi lawan lebih sukar selepas ini,” katanya.
Dominasi skuad negara jelas ketara, dengan selepas hanya tiga minit aksi, Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan. Ianya digandakan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-12 sebelum Zaquan Adha Abdul Radzak (minit ke-15), Safiq Rahim (m28) Norshahrul (m30) dan Ahmad Fakri Saarani bertali arus menjaringkan gol untuk Malaysia berkelebihan 6-0 selepas tamat babak pertama.
Babak kedua bagaimanapun menampakkan ada sikap sambil lewa terjelma, yang bagaimanapun terhapus sebaik sahaja kapten, Aidil Zafuan Abdul Radzak, melonjak untuk menanduk masuk bola sepakan sudut Safiq untuk gol ketujuh pada minit ke-57.
Gol kelapan terhasil pada minit ke-70 apabila Fakri, memanfaat umpanan silang Amirulhadi Zainal, meledakkan rembatan ke sasaran buat menewaskan penjaga gol, Diamantino Leong.
Fakri kemudiannya melengkapkan hatriknya pada minit ke-77. Ia berpunca daripada gerak serang balas pantas menerusi Zaquan yang melarikan bola secara solo sebelum melintangkannya dengan cantik melintasi depan pintu gol untuk ditampan masuk Fakri.
Amirulhadi kemudiannya turut meletakkan namanya dalam senarai penjaring dengan gol ke-10 pada minit ke-80 sebelum pemain gantian, Amar Rohidan, menjaringkan gol ke-11 pada minit-minit terakhir waktu kecederaan perlawanan.
*sumber dari berita harian online 03/11/2009...
_________________________________________________________________________________>>>>>>>
apa pendapat anda...?adakah Malaysia akan terus menang bergaya...sila tinggalkan komen anda...pe2 pun tahniah untuk pasukan malaysia...MALAYSIA BOLEH...!!
0 comments:
Post a Comment