Jun 16, 2010 | By: tOk aKi mOiN

sYoK jUgAk sHoT2 gAmBo..

Sejak ade nikon DSLR D3000 ni aku dok wat eksperimen amik gambo je..tapi ntah la gambo2 yg aku amik tu mcm tak menarik jek hehe..mungking skill xde lagi kot...ni aku post beberapa keping gambo yang aku shot2..sape2 yang pandai tentang skill2 amik gambo ni tolonglah komen dan beri tunjuk ajar..



Aksi "Si Do" pantang nampak kamera...



Sungai mengalir tenang di Kela Adventure Camp..



Si Kantan...






Si Mawar berduri..



Meriahnya Teluk Kemang PD...



Pemandangan diwaktu senja di Teluk Kemang,PD...



Indahnya ciptaan Tuhan..



jAlAn2 kE cAmErOn hIgHlAnD...

Sabtu aritu aku g jalan2 makan angin kat cameron highland ngan isteri tercinta..dah banyak kali isteri aku ajak g CH..tapi takut nak g sbb jalan blm siap 100% lagi..mase aku g tahun lepas teruk gak jalanya..tu yang rase mcm serik hehe..tapi kali ni bile dah usha2 ngan kawan2 yg dah naik ke CH..sumenye kate jalan dah ok walaupun belum siap sepenuhnya..

Pagi tu kite orang bertolak awal ke CH..sbb nak ronda2 sambil nak test camera Nikon baru nih hehe..on the way ke CH memeang menyamankan...tambahan udara pagi yg segar dan sejuk..sepanjang perjalanan dari Betau ( penempatan orang asli) ke Ringlet memang indah dan menyamankan..tambah pula dengan kehijauan hutan..memang indah..tapi bile nak sampai ke Ringlet tu punya la tekojut..mane taknye..habis bukit2 kene gondol..kononya nak bercucuk tanam..patotla Karam Singh ( wartawan TV3 ) marah sangat..memang patot pun..bile di poikir2 semula ke mane hilangnya pihak berkuasa yang menjalankan tugas di CH..adakah mata2 mereka telah ditutup dengan buah tomato ataupun pokok bunga ros..sungguh menyedihkan..

Huhu bebel banyak2 ni pun bukan ade orang nak ambil tahu pun hehe..jadi biokan la pe yang nak jadi kat CH tu..memang perangai kita (orang Malaysia) ni..selagi tak di timpa masalah @ bala memang takkan sedar punye..dah kene sok baru kecoh2..pastu marah sane sini..salah sane sini..

Cameron Highland memang besh (pada aku la)..mane taknye..banyak mende2 yang jarang aku jumpe ade kat sane..contohnya strawberry...self pluking lagi hehe..tu yang beh tu hehe..bunge2 pun cantik...sayur2 pun fresh lagi..tapi harga barang2 (masa aku g baru ni ) agak mahal berbanding dulu..tapi nak wat cane dah g beli juge la...

Kat sini aku post beberapa keping gambar yg aku shot kat CH..baru nak belajo gune DSLR hehe..




Jun 14, 2010 | By: tOk aKi mOiN

sKaNdAl vIdEo aRiEl pEtErPAn vs lUnA mAyA


Ini antara gambar dalam video yang hangat tu..
Bukan cerita ni yang aku nak highlight kan..benda macam ni rasenye bukan berlaku di negara luar sahaja..bahkan di negara kita sering disajikan dengan aksi2 seperti ini..apa yang membimbangkan anak muda masa kini ( belum baligh dan dah baligh ) menjadikan artis sebagai ikon ataupun panduan dalam hidup mereka..tanpa berfikir (anak2 muda ini tadi leee ) menjadikan "tebiat2" artis kesayangan mereka sebagai panduan dalam kehidupan seharian mereka..

Jika kalian berkata "...ah mana mungkin"...cuba anda lihat di sekeliling..atau sesiapa yang mempunyai anak cuba lihat anak2 anda..lagu siapa yang dinyanyikan..fesyen rambut artis mana yang di gayakan..pakaian artis mana yang di jadikan contoh...perkataan @ "tag line" artis mana yang selalu menjadi sebutan anak2 anda..banyak lagi benda yang memesongkan fikiran anak2 dan muda mudi kita tanpa kita sedari..bahkan kadangkala ibu bapa berasa bangga apabila anak2 kecil mereka membawa watak2 artis pujaan mereka..

Bukan nak menyalahkan artis...mereka juga bekerja..itu cara mereka (artis) mencari sumber rezeki..tetapi siapakah yang harus memainkan peranan dalam mengelakkan perkara seperti ini berlaku..siapakah yang bersalah..jadi cuba kita renung2kan..
-salah ARTIS kah..?
-salah MUDA MUDI kah..?
-salah IBU BAPA kah..?
-salah PAK IMAM kah..?
-salah POLOTIK kah..?
-salah TV kah..?

Jawapannya hanya kita sendiri yang tahu...
Jun 8, 2010 | By: tOk aKi mOiN

hApUsKaN ZIONIS dArI mUkA bUmI...!!!!




Henti keangkuhan Israel
Oleh Norfatimah Ahmad, Shaarani Ismail dan S Anand Kumar

2010/06/08

Malaysia kutuk tindakan melampau serang Freedom Flotilla

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia mengecam kekejaman dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau serta biadap tentera rejim Zionis Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana menyerang konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei tanpa alasan di perairan antarabangsa. 

Perdana Menteri, berkata serangan tidak berperikemanusiaan itu melanggar norma perundangan antarabangsa dan tata kelakuan bertamadun kerana ketika serangan, kapal Mavi Marmara berada di kedudukan 65 kilometer dari pesisiran pantai Gaza.
Beliau berkata, tiada sebarang alasan untuk tentera Israel bertindak sedemikian terhadap misi yang merentas kepercayaan agama, sempadan bangsa dan fahaman politik.
"Jika perbuatan sama dilakukan negara lain, tentunya negara berkenaan akan dikenakan pelbagai tindakan tegas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ini membuktikan sikap berat sebelah Majlis Keselamatan PBB dalam melaksanakan amanah. 

Malaysia juga mendesak Amerika Syarikat untuk tampil, tanpa sebarang dolak dalik menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan rejim itu mematuhi tata kelakuan negara bangsa yang bertamadun kerana selagi sokongan Amerika Syarikat kepada rejim Zionis bersifat menyeluruh bukannya bersyarat kepada pematu-han nilai kemanusiaan yang universal, selagi itulah keangkuhan rejim ini tidak akan ada kesudahannya," katanya ketika membentangkan usul mengutuk serangan tentera Israel, pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. 

Perdana Menteri berkata, kezaliman rejim Zionis akan berterusan, malah Israel akan bersikap angkuh, ghairah dan bermaharajalela melakukan keganasan tanpa had dan batasan hingga rakyat Palestin terbelenggu jika masyarakat dunia terus berpeluk tubuh, membisu dan berdiam diri. 

Beliau berkata, walaupun kecewa atas kegagalan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras terhadap rejim Zionis, Malaysia akan tetap berusaha keras memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menderita sejak lebih 60 tahun lalu. 
Perjuangan ini tidak akan tamat sehingga sebuah negara Palestin merdeka, berdaulat, kendiri ekonomi dapat dibangunkan. Saya juga menyuarakan komitmen serta pendirian Malaysia ini kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika lawatan beliau ke Malaysia," katanya. 

Beliau berkata, selaras usaha membawa kes kekejaman tentera Israel ke mahkamah antarabangsa, Malaysia akan mendesak rejim Zionis membayar ganti rugi serta pampasan semua harta benda, makanan, alat binaan dan perubatan, termasuk kapal yang ditawan serta semua barangan persendirian ahli konvoi yang dirampas secara haram. 

Israel juga perlu membayar ganti rugi akibat kesan trauma psikologi, mental dan fizikal serta sebarang pampasan yang difikirkan layak oleh mahkamah antarabangsa," katanya. 

Perdana Menteri juga menyatakan sokongan terha-dap penubuhan suruhan- 
jaya penyiasatan antarabangsa yang bebas, adil dan berkecuali bagi menyiasat insiden itu, termasuk pemilihan bekas Perdana Menteri New Zealand, Sir Geoffrey Palmer mengetuai siasatan itu. 

Najib juga berkata, beliau mendengar sendiri pengalaman 12 rakyat Malaysia yang terbabit dalam detik cemas serangan Israel apabila mereka turut didera secara mental ketika dalam tahanan.


*petikan dari akhbar berita harian


LaGi dAn lAgI dAn lAgI kEkEjAmAn
ZIONIS...!!!!







Related Posts with Thumbnails